BIRDFLY
Old_Cairo_by_Abdusalam
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum...Selamat datang ke Laman Manifestasi Cinta....

Monday, January 05, 2009

Yahudi ambil kesempatan di atas perpecahan dunia Islam




RAMAI di kalangan umat Islam sama ada di negara kita atau di mana-mana ceruk dunia yang melihatkan keganasan dan kegilaan Israel atas umat Palestin di Gaza berasa marah, kecewa dan sedih terhadap regim Zionis itu.

Kini sudah masuk minggu kedua Israel laknatullah membaham dan meratah kanak-kanak dan wanita serta merobek binasa rumah masyarakat Palestin Gaza. Apakah gencatan senjata atau roket tembakan dari briged Al-Qassam Hamas mahupun pengebom berani mati adalah jawapan kepada penyelesaian konflik ini?

Firman Allah ada mengatakan “Jangan sesekali engkau manusia berpecah-belah” . Berlandaskan ini bolehkah Hamas dan Fatah yang berkonflik dan berpecah-belah itu bersatu kembali dalam menghadapi musuh yang satu?

Malangnya, dunia Islam dengan kekayaan yang dianugerahkan Allah di dalam perut bumi itu sesekali tidak pernah bersyukur lagi bersepakat. Walaupun berpersatuan seperti OIC mahupun berliga seperti Liga Arab, ia langsung tidak bermakna di dalam membantu seagama lagi sebangsa.

Sungguh memalukan dan mengecewakan. Di atas keretakan dan senario berpecah-belah inilah, musuh-musuh Islam iaitu Yahudi Israel dan Yahudi Amerika mengambil kesempatan ‘membuli’ dan mengkotak-katikkan umat .

0 comments:

Post a Comment

 
© Copyright by manifestasi cinta  |  Template by yuszas.blogspot.com